Sunday, November 9, 2014

Pada 24-26hb okt 2014 lepas telah berlangsungnya perlumbaan motoGP di Litar antarabangsa Sepang. Tahun ni nmpak lebih meriah berbanding tahun lepas. Tahun ni tiket beli awal sebab takut melepas macam tahun lepas,nasib baik tiket yg brharga rm30 masih ada lg masa tu. Cuma tak berapa seronok untuk nak ambil gambar disebabkan kedudukkan trek dgn penonton jauh. Klu pakai lens 600mm oklah. Untuk taknak ulang masalah sama kenalah beli awal,kali ni beli dibahagian tempat duduk granstand. Klu dilitar sepang ni pada sy paling seronok klu nak ambil gambar ialah pada selekoh akhir trek. Sebab selain daripada selekoh yg tajam kebanyakkan aksi tidak kira sama ada motosikal atau kereta disinilah tempat yg menarik. Disamping itu kita senang untuk mengawal shutterspeed untuk panning memandangkan biasanya kebanyakkan penunggang akan memperlahankan kenderaan mereka. Kebanyakkan jurufoto profesionalpn akan berkampung disini untuk merakam pelbagai aksi penunggang. Pada 25hb(sabtu-hari kedua) di kira kita boleh lagi menyelit dicelah2 org ramai untuk mengambil gambar, tp pd 26hb pd hari prlumbaan, nk menyelitpn susah. Jadi pd hari perlumbaan sy hanya merakam video, kebanyakkan gmbr2 sy ambil pd hari sabtu iaitu semasa pelumba membuat ujian masa. Videonya ada sy masukkan di youtube(maleh nak bg link kt sini hehee)...ni antara gmbr aksi2 m.marquez, lorenzo dan velentino rossi. Pd aksi di sepang ketiga2 mereka tlh braksi dgn baik dan selayaknya untuk naik kepodium.

No comments :