Tuesday, May 14, 2013

Sekian Kali

Lama betul blog ni tak terusik. Dalam diam hampir tiga tahun masa berlalu.Terbukti jelas pada tarikh terakhir pada post dibawah berhubung masalah kestabilan talian streamyx.Alhamdulillah, sampai sekarang tiada lagi masalah yang sama berlaku. Tahniah TM.

Apapun kisah lepas biarkan berlalu yang penting masih banyak perkara dan cabaran yang perlu ditempuhi pada masa akan datang.Harap berkat doa akan menjadikan perjalanan kehidupan ini dipermudah dan diberi petunjuk ke arah jalan yang benar.

Sebenarnya keadaan diri ini masih lagi dalam tempoh terapi. Hampir sebulan ruang masa banyak dihabiskan di rumah sahaja.Walau bagaimanapun tempoh cuti sakit yang diberi oleh doktor bukan bermaksud hanya duduk diam dirumah tidak melakukan apa-apa.Ruang waktu yang ada banyak dihabiskan dengan melakukan aktiviti kesukaan(hobi).Sejujurnya memang banyak hobi yang boleh dilakukan pada masa lapang.Salah satunya ialah melukis.Sejak kebelakangan ini memang semakin aktif melukis.In sha allah, satu hari nanti akan saya kongsikan hasil lukisan potret di sini.

Selain itu, bidang photografi juga adalah salah satu daripada hobi pada masa lapang. Baru-baru ini berkesempatan menghadiri satu pameran photografi di Central Market, Kuala Lumpur iaitu 'Thirdedicpadi photography exhibition'.Memang niat utama adalah untuk mengunjungi pameran ini.Dalam masa yang sama ambil kesempatan meronda-ronda di dalam 'CM' sebab hampir 10 tahun tidak ke sana.Ada peralatan melukis yang dibeli dari sana masih ada lagi dan disimpan dengan baik sampai sekarang.Masih ingat lagi diingatan kedai yang menjual pelbagai peralatan melukis itu terletak ditingkat atas.Walaupun ruang kedainya sempit tapi pelbagai peralatan melukis ada di situ.Tapi sayang kedai yang saya maksudkan sudah tidak ada lagi di sana....
Thirdedicpadi photography exhibition
Seorang kanak-kanak teruja melihat seorang pelukis sedang melukis potret
Street photography-skodeng dari paras atas aktiviti sebuah kedai makan
Berus yang digunakan untuk melukis sebuah karya lukisan cina
Tidak lengkap sekiranya tidak mengambil gambar pintu masuk CM ini sebagai kenangan

No comments :