Sunday, November 9, 2014

Pada 24-26hb okt 2014 lepas telah berlangsungnya perlumbaan motoGP di Litar antarabangsa Sepang. Tahun ni nmpak lebih meriah berbanding tahun lepas. Tahun ni tiket beli awal sebab takut melepas macam tahun lepas,nasib baik tiket yg brharga rm30 masih ada lg masa tu. Cuma tak berapa seronok untuk nak ambil gambar disebabkan kedudukkan trek dgn penonton jauh. Klu pakai lens 600mm oklah. Untuk taknak ulang masalah sama kenalah beli awal,kali ni beli dibahagian tempat duduk granstand. Klu dilitar sepang ni pada sy paling seronok klu nak ambil gambar ialah pada selekoh akhir trek. Sebab selain daripada selekoh yg tajam kebanyakkan aksi tidak kira sama ada motosikal atau kereta disinilah tempat yg menarik. Disamping itu kita senang untuk mengawal shutterspeed untuk panning memandangkan biasanya kebanyakkan penunggang akan memperlahankan kenderaan mereka. Kebanyakkan jurufoto profesionalpn akan berkampung disini untuk merakam pelbagai aksi penunggang. Pada 25hb(sabtu-hari kedua) di kira kita boleh lagi menyelit dicelah2 org ramai untuk mengambil gambar, tp pd 26hb pd hari prlumbaan, nk menyelitpn susah. Jadi pd hari perlumbaan sy hanya merakam video, kebanyakkan gmbr2 sy ambil pd hari sabtu iaitu semasa pelumba membuat ujian masa. Videonya ada sy masukkan di youtube(maleh nak bg link kt sini hehee)...ni antara gmbr aksi2 m.marquez, lorenzo dan velentino rossi. Pd aksi di sepang ketiga2 mereka tlh braksi dgn baik dan selayaknya untuk naik kepodium.

Sunday, June 15, 2014

Kucing Gelandangan?

Akhirnya buat keputusan ntuk bela ank kucing yg dtg ke rumah tempoh hari. Tak pasti samada ank kucing ni dibuang atau trsesat dan tak tau nk balik. Pd mulanya mmg tak brniatpn nk bela,tp memandangkn ada rs simpati, timbul rs serba salah. Tak salah rsnya ntuk kongsi rezeki dgn dia. Mana tahu suatu hari nanti kucing ni akan membawa tuah pulakkn. Lepas ni kena carikn nm yg sesuai ntuk ank kucing ni....bila dh ada nm mknanya secara rasminya sahlah dia jd binatang peliharaan dlm rumah ni.

Monday, June 2, 2014

Laptop cuba buat kelakar

Ni bkn walkie talkie, tp laptop power adaptor yg dh almarhom. Tiba2 plak adaptor wt hal. Sblm wt hal elok je on laptop, sblm off ntuk bkk tv sbb nk tgk brita. Dh abis brita nk on blik laptop...skali langsung senyap,apa2 signalpn x hidup,...total mati sungguh. Byk kemungkinan yg bleh menyebabkan laptop jd biul camni. Kdg2 elektrik statikpn bleh wt laptop x bleh on. Cuba buka suma kable,bateri(klu kt rumah mmg x prnahpn guna bateri), tekan butang start(on) selama10-30 saat, selepas tu pasang semula kable,x bleh on juga. Sblm prgi bih jauh sprti brkemungkinan masalah ram,motherboard dn sbgnya cuba check kable dulu. Huh,...br prasan lampu led pd adaptor x mnyala. Ms ni peranan bateri yg jarang guna tu pula diperlukan. Cuba on alhamdulillah, boleh....sahla masalah brpunca dr adaptor. Maka brsemadilah adaptor brmasalah kedlm tong sampah :)

Saturday, May 24, 2014

Santai smbil baca surat khabar. Ada beberapa org pemancing yg tgh leka/sabar menanti mangsa. Kedengaran sayup2 perbualan mereka yg tidak jelas apa yg dibualkn....radio dipasang sepanjang ruang waktu menunggu sbgai penghibur memecah kesunyian. Aku doakan semoga kamu dimurahkan rezeki wahai pemancing. Jgn lupo lopeh mancing sampah2 tu pungut buang dlm bakul smpah yg dh disediokn. Jgn ingat tokak kau yo do.....menyumpah oghang majlis sok, ditarik balik joki kau keq tuhan.

Wednesday, May 15, 2013

Pokok Cili

Pokok cili yang ditanam tempoh hari telahpun mengeluarkan hasil.Tak perlu lagi beli cili kat kedai buat masa ni.Ni salah satu cara bagaimana untuk mengurangkan perbelanjaan barang dapur.Selain itu aktiviti bercucuk tanam ini juga merupakan salah satu aktiviti berfaedah.Sekurang-kurangnya badan kita sentiasa aktif dan berpeluh.Hasil dapat badanpun sihat. Jom bercucuk tanam. *klik pada gambar untuk saiz sebenar

Tuesday, May 14, 2013

Sekian Kali

Lama betul blog ni tak terusik. Dalam diam hampir tiga tahun masa berlalu.Terbukti jelas pada tarikh terakhir pada post dibawah berhubung masalah kestabilan talian streamyx.Alhamdulillah, sampai sekarang tiada lagi masalah yang sama berlaku. Tahniah TM.

Apapun kisah lepas biarkan berlalu yang penting masih banyak perkara dan cabaran yang perlu ditempuhi pada masa akan datang.Harap berkat doa akan menjadikan perjalanan kehidupan ini dipermudah dan diberi petunjuk ke arah jalan yang benar.

Sebenarnya keadaan diri ini masih lagi dalam tempoh terapi. Hampir sebulan ruang masa banyak dihabiskan di rumah sahaja.Walau bagaimanapun tempoh cuti sakit yang diberi oleh doktor bukan bermaksud hanya duduk diam dirumah tidak melakukan apa-apa.Ruang waktu yang ada banyak dihabiskan dengan melakukan aktiviti kesukaan(hobi).Sejujurnya memang banyak hobi yang boleh dilakukan pada masa lapang.Salah satunya ialah melukis.Sejak kebelakangan ini memang semakin aktif melukis.In sha allah, satu hari nanti akan saya kongsikan hasil lukisan potret di sini.

Selain itu, bidang photografi juga adalah salah satu daripada hobi pada masa lapang. Baru-baru ini berkesempatan menghadiri satu pameran photografi di Central Market, Kuala Lumpur iaitu 'Thirdedicpadi photography exhibition'.Memang niat utama adalah untuk mengunjungi pameran ini.Dalam masa yang sama ambil kesempatan meronda-ronda di dalam 'CM' sebab hampir 10 tahun tidak ke sana.Ada peralatan melukis yang dibeli dari sana masih ada lagi dan disimpan dengan baik sampai sekarang.Masih ingat lagi diingatan kedai yang menjual pelbagai peralatan melukis itu terletak ditingkat atas.Walaupun ruang kedainya sempit tapi pelbagai peralatan melukis ada di situ.Tapi sayang kedai yang saya maksudkan sudah tidak ada lagi di sana....
Thirdedicpadi photography exhibition
Seorang kanak-kanak teruja melihat seorang pelukis sedang melukis potret
Street photography-skodeng dari paras atas aktiviti sebuah kedai makan
Berus yang digunakan untuk melukis sebuah karya lukisan cina
Tidak lengkap sekiranya tidak mengambil gambar pintu masuk CM ini sebagai kenangan

Saturday, February 20, 2010

Streamyx

Masih tak habis lagi cerita pasal streamyx nie. Katanya, nie la satu-satunya service internet paling stabil kat malaysia. Dah langgan internet dgn TM dh hampir dkt 11 taun(sejak zaman dialing lg- guna modem 56kb ;)...), tp sejak kebelakangan nie saya rasa servicenya dh semakin merosot(area sy la, area lain sy tak tahu). Sejak bulan november TM masih tk bleh selesai masalah kestabilan ekses internet kt area saya nie. Tapi alhamdulillah setiap aduan dilayan dgn baik oleh pihak TM. Mohon rebate ntuk bayar ikut apa yang kita gunapun dorang layan...tak sangka plak bil bulan lepas dorang kenakn bil sebanyak RM1.90 je.....dh kurang byk tu(amik ati kut). Dorangpn ada hantar kontraktor ntuk tukar cable,...gi tanya bdk yg pasang cable tu katanya cable byk kena gigit tupai. Emm...patut la,....blah mlmnya yakin sgt yg line akan ok sbb dh tukar cable baru....tp hampeh jugak, masih sangkut2...fuh kecewa yang amat2, jerang air atas kepala rasanya bleh msk air satu cerek ....emm trbengkalai lg keje. Apa yang dapat saya perhatikan masalah ni bermula sejak TM buat promosi pendaftaran secara percuma( dgn kontrak).... bersama pelbagai faedah lain yg dorang bg...tp ada sorang rakan yg mohon msk internet sampai sekarang tk msk2 lg.(dh sesak ker?...tk tau/paham). Selain tu sebenarnya TM tgh upgrade dorangnya service. TM janjikan pada suku tahun pertama nanti sesetgh kws terutama kws tgh akan mendapat service internet yg lebih laju berbanding yg ada sekarang.

Sepanjang permasalahan ini, perkara yg slalu menjadi punca adalah daripada port dorang. Pihak TM sendiri mengakui masalah kestabilan nie brpunca daripa port dorang. Buat aduan bila lampu DSL kerap blinking, bila operator reset line ok balik, masalahnya sampai bila kita nak kol operator klu masalah nie kerap trjadi? Sampaikn ada operator yg dh kenal disbbkn kerap wt aduan :) . Soalan dorang tanyapn dh bosan dgr/nk jwb,....en, guna alarm sys, connect manual/auto,...kerana dh kerap wt aduan, bleh jwb dulu sblom dorang tanya solan.(jwb secara brgurau,....hehe...).

Bila kita buat aduan, dorang akan buka satu report(kita akan diberi satu no report ntuk rujukkan pd ms akan datang). Selalunya yg kerap terjadi, bila bukak report line akan stabil/cantik....tp bila pegawai TM kol tanya line dh ok? kita jwb ok..... reportpun tutup. Bila dh tutup report, line balik asal,...tak stabil, lampu DSL blinking lg. Fuhh...mmg tk faham, keadaan nie dh berlaku berulang2 rasanya dh lebih 8 kali,...bukak- tutup, tutup - bukak report.

Baru-baru nie terjadi perkara yang sama. Buka report, seperti biasa bila tutup report line kojol....kol balik TM...suh rujuk no report sblom nie...dorang kata port dh tukar baru. Dorang reset, jd line stabil la masa tu....dorang janji akan kol blah mlm esoknya(suh monitor line sampai esok, jika ada masalah t bg tau). Emm...nmpak cm dh ok, lampu DSL dh stabil tk gurau2 lagi dh cm sblom nie main kenyit2 mata(blinking)....puas hati. Orang TM kol esoknya, kata kt dorang line dh ok....2 hari guna line masih stabil. Tapi dlm masa stabil tu ada masalah lain yg masih kurang puas hati....iaitu masalah speed. Perasan gak mcm ada sesuatu yg tk kena ngan speednya. Ibarat bawa motosikal naik bukit dgn guna gear yg salah. Kawan ckp peduli la ngan speed asal dh bleh msk.stabil syukur la...mmg betul ckp kwn tu....tp nie bkn masalah tk bersyukur,..nie masalah hak. Kita cuma dpt setengah ekor ikan tapi bayar dgn harga sekor ikan. Ada wat speed test guna speedometer TM dan speedtest.net...ni hasilnya

Ni guna speedtest.net


Kedua2 test nie dlm ms yg berbeza iaitu pd blah pg dan ptg....pakej streamyx yg dilanggan adalah ntuk 1.0mb. Dgn pakej 1.0mb nie sepatutnya kelajuan min download adalah sekurang-kurangnya 800kb. Klu tgk kepada keputusan ujian mmg streamyx ada masalah kelajuan(mungkin di kws sy). Apapun perkara nie perlu dipantau, tk perlu salahkn sesiapa yg penting perlu kerjasama. Tanggungjwab kita ntuk beritahu sekiranya ada masalah jika tk bg tau cmna dorang nk amik tindakkan....mesti dorang ingat dh ok. Harap nanti bila speed dh ok..masalah lama tk berulang lagi. Memang kita spatutnya perlu bersyukur dgn apa yang ada disamping perlu menjaga hak kita sebagai pengguna.

Sunday, February 14, 2010

Radio Malaysia

Nak cerita satu media player yang saya rasa agak menarik juga untuk kongsi. Melalui media player nie kita boleh dengar pelbagai siaran radio di malaysia secara online. Sambil-sambil buat kerja depan pc, bleh dengar radio. Kalau kat opis guna la headphone supaya taklah nanti ganggu orang lain (lain org lain ragamnya, ada yg tk kisah buka radio,...tapi ada juga jenis yang tak suka bising2 masa wat kerja). Kalau kt umah plak dh tak payah susah2 buka radio,..jimat letrik, Kalau anda berminat dengan media player nie boleh download kat link bawah nie,....

RADIO MALAYSIA MEDIA PLAYER


Camni la paparan media player tu

Monday, February 8, 2010

Tablet Pen

Melukis adalah salah satu daripada hobi pada masa lapang. Cuma kebelakangan ni kurang sedikit aktiviti melukis nie...(bkn terror sgtpun cuma suka2 melukis...sbb bila apa yg kita lukis menjadi timbul rasa kepuasan dlm diri....),...bercerita pasal melukis ni, ada satu peralatan digital yg boleh kita guna untuk melukis.Tak perlu lg kertas pen/pensil untuk melukis, gunakan peralatan digital nie sahaja dah byk membantu kita untuk melukis pelbagai teknik dan gaya. Saya dapatkn peralatan niepun melalui seorang kenalan cina kerana cuma mudah didapati dikawasan lembah kelang.Tablet pen yang saya maksudkan niepn sesuai untuk amatur cam saya...golongan profesional kebanyakkannya menggunakan wacom.Selain tu apa yg perlu kita ada adalah aplikasi yg sesuai.Saya lebih serasi mengunakan photoshop(cs4) untuk mengedit imej/gambar.Permulaan menggunakan tabletpen ni mmg rasa kekok.Gambar yg kita hasilkn kadang2 membuatkan kita ketawa sorang diri.Apapun mmg lumrah setiap perkara br akan mengambil sedikit ms untuk kita kenal/serasi.Dibawah nie adalah hasil pertama yg sy lukis menggunkan tablet pen tu...kt gambar nie bleh tgk dr proses pertama melakar sampai siap(ikutkn blom sempurna lg).

Photobucket

Gambar dibwh nie pula sy letak gambar latar belakang supaya nmpak lebih hidup....ntuk lebih nmpk dramatik, tmbah sikit animasi(lampu blinking...)...cuma keta je yg malas nk letak kaler hehehe....

Photobucket

Thursday, December 24, 2009

Program Celik Kewangan SIDC

Skim pelaburan? Anda pernah masuk mana-mana skim pelaburan? Pernah kena tipu atau mungkin anda orang yang membuat penipuan ;) .....Antara sedar dengan tidak sekarang ada pelbagai skim pelaburan diluar sana. Ada yang mengikut undang-undang dan ada juga sebaliknya. Untuk mengelak daripada tertipu adalah dinasihatkan supaya membuat sedikit penyelidikan terhadap mana-mana skim pelaburan yang ingin disertai.

Dalam soal ini saya sangat tertarik dengan usaha SIDC(Securities Indusry Development Corporation) dalam menangan masalah-masalah yang mungkin membelenggu masyarakat diluar sana untuk meneruskan niat untuk melabur.Antaranya risalah yang dikeluarkan dan diselitkan bersama didalam akhbar-akhbar tempatan. Risalah ini menerangkan beberapa ciri skim penipuan yang boleh dijadikan panduan kepada masyarakat bagi mengenal pasti sama ada sesuatu skim pelaburan itu adalah sah atau sebaliknya. Disini saya ada sertakan kandungan risalah tersebut untuk dikongsi bersama.
Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket